DUB 1012 (PENGAJIAN MALAYSIA)
Sunday, 14 January 2018
Sunday, 31 December 2017
BAB 3 SISTEM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN NEGARA
3.2.1 Maksud Demokrasi Berparlimen
- Demokrasi Berparlimen bermaksud pemerintahan yang dijalankan secara perwakilan.Hal ini bermaksud,rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintaha negara,manakala raja-raja menjadi lambang taat setia rakyat.
- Demokrasi Berparlimen dibentuk hasil daripada proses pilihan raya.
- Dalam proses tersebut,rakyat diberi mandat untuk memilih pemimpin yang akan mewakili mereka dan pemimpin inilah akan mewakili yang akan menjadi wakil rakyat di Parlimen.
- Malaysia telah mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen sejak Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.
- Rakyat di negara ini telah diberi pengalaman terlibat dalam pilihan raya sejak tahun 1952 lagi.
- Sistem tersebut dipupuk dan dipelihara sehingga mewudjudkan kestabilan negara.
- Kestabilan ini telah membolehkan rakyat menikmati keamanan dan kemajuan dalam bidang ekonomi,politik,sosial dan sebagainya.
- kebebasan yang kita nikmati tidaklah bersifat mutlak, tetapi tertakluk kepada sektan-sektan tertentu yang perlu kita adakan,terutama dalam masyarakat berbilang kaum.
- Sekatan-sekatan itu pula tidaklah dikenakan dengan sewenang-wenangnya,tetapi dibuat berdasarkan kehendak rakyat sendiri melalui Parlimen.
Latar belakang sistem Demokrasi Berparlimen
Selepas pembentukan Malaysia pada tahun 1963, jentera pentadbiran kerajaan telah diperkemaskan. Sistem pemerintahan dan pentadbiran selepas merdeka adalah berlandaskan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen. Negara demokrasi lahir daripada perjuangan berasaskan kedaulatan rakyat.
Terdapat dua corak pemerintahan demokrasi iaitu sistem Raja Berperlembagaan yang mengekalkan raja sebagai pemerintah tertinggi negara dan negeri. Pemerintahan dibantu oleh Perdana Menteri.Manakala, Sistem Republik pula menolak institusi raja. Kerajaan ini diketuai oleh presiden. Presiden dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya.
Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Demokrasi Berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara. Raja-raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat.
Rakyat berpeluang membentuk kerajaan. Rakyat bebas memilih perwakilan melalui pilihan raya. Rakyat berhak menyokong dan mengekalkan atau menukar kerajaan yang sedia ada melalui pilihan raya.
Perlembagaan Malaysia menjadi garis panduan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia. Pindaan perlembagaan dibuat untuk menyesuaikan sistem pentadbiran dengan perkembangan politik semasa.Sistem demokrasi berjaya mengekalkan kerajaan yang adil,sejahtera dan stabil.
PROSES MEMBUAT UNDANG-UNDANG DI PARLIMEN
Rajah 3.7 Penggubalan Undang-Undang di Parlimen Malaysia
Sunday, 17 December 2017
SEJARAH AWAL NEGARA
Soalan struktur :
1. a) bendahara
b) penghulu bendahari
c) temenggung
d) laksamana
2. a) Johor : Sultan Alauddin Riayat Syah
b) Selangor : Sultan Salehuddin Syah
c) Terengganu : Sultan Zainal Abidin bin Tun Habib Abdul Majid
d) Perak : Sultan Muzaffar Shah
3. a) daeng marewah
b) daeng chelak
c) daeng perani
d) daeng menambun
e) daeng kemasi
4. a) bendahara : bentan , Muar
b) Laksamana : Siantan , Sungai Raya
5. a) Sungai Ujong
b) Naning
c) Rembau
d) Jelebu
e) Johol
6. a) Negeri-Negeri Selat : Singapura, Pulau Pinang, Melaka
b) Negeri-Negeri Melayu Bersekutu : Perak, Sealangor, Pahang,Negeri Sembilan
c) Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu : Perlis, Kedah,Kelantan,Terengganu
7. a) Perak: J.W.W. Birch
b) Selangor : J.G.Davidson
c) Pahang : John Pickersgill Rodger
8. a) Raja Abdullah diiktiraf sebagai sultan Perak
b) Raja Ismail diakui sebagai Raja Muda
c) Residen berkuasa penuh ke atas pungutan cukai di Perak
d) Residen, Penolong Residen, Sultan dan pembesar dibayar gaji daripada pungutan hasil mahsul Perak
e) Ngah Ibrahim kekal sebagai Menteri Larut dan menerima seorang Penolong Residen9. a) Emapat orang raja Melayu negeri terbabit
b) Emapat orang Residen British
c) empat orang ahli tidak rasmi yang mewakili golongan peniaga
d) Residen Jeneral bertanggungjawab terus kepada Pesuruhjaya Tinggi
e) Pesuruhjaya Tinggi merangkap Gabenor NNS sebagai presiden yang beribu pejabat di Singapura.
10. a) Pihak British kurang bersedia
b) kelewatan tentera bantuan dari London dan India yang berlaku berikutan masalah kewangan yang dihadapi oleh kerajaan British
c) Jepun menyerang melalui jalan laut dan tidak melalui udara
d) persediaan tentera Jepun yang lengkap
e) tentera Jepun cukup berlatih,berpengalaman,bersemangat tinggi dan mempunyai taktik peperangan yang baik.
11. a) Bartholomew Diaz , tahun 1488
b Vasco Da Gama , tahun 1498
c) Alfonso de Albuquerque. ,tahun 1510
12. a) Hal Ehwal Militer
b) Majlis Pentadbirahn Sivil dan Kewangan
c) Pentadbiran orang tempatan
13. a) Naning :
b) Perak ;
c) Terengganu ;
Sunday, 10 December 2017
1.2.4 REAKSI MASYARAKAT TEMPATAN TERHADAP PENJAJAHAN BRITISH
penentangan di Naning
- British mendakwa bahawa Naning merupakan sebahagian daripada wilayah Melaka
- Gabenor Fullerton berpendapat penduduk Naning perlu membayar 1/10 daripada hasil ekonomi mereka kepada kerajaan British di Melaka.
- Gabenor Fullerton berpendapat penduduk Naning perlu membayar 1/10 daripada hasil ekonomi mereka kepada kerajaan British di Melaka.
Penentangan di selangor
Penentangan di Perak
- Sebab penentangan British di Perak
a) British dan Birch menyekat hak mengutip cukai oleh sultan dan Pembesar Melayu
b) paksa sultan tanda tangani surat penyerahan kuasa kepada kerajaan British 1875
c) pembaharuan oleh J.W.W Birch :
- Hapus sistem perhambaan
- beri perlindungan kepada hamba
- campur tangan dalam adat resam orang melayu
d)sikap peribadi Birch
- buat pembaharuan secara tergesa-gesa
- tidak boleh berbahasa melayu
Penentangan di Pahang
- Penentangan bermula apabila British lantik J.P Rodger sebagai Residen Pahang 1888. Beliau telah memperkenalkan jawatan pemungut cukai dan majistret serta memperkenalkan sistem lesen dan permit (pungut hasil hutan), cukai tanah dan sistem kerah.
- Pembesar Melayu Tok Gajah, Dato Bahaman dan Mat Kilau melancarkan pemberontakan pada Dis 1891 dan serang balai Polis Lubuk Terua dan Kuala Tembeling.
- Pemberontakan berakhir pada tahun 1895.Tok Gajah, Dato Bahaman dan Mat Kilau melarikan diri ke Terengganu, Kelantan dan akhirnya ke Siam
Penentangan di Kelantan
- Melalui perjanjian Bangkok 1909, Kelantan diserahkan kepada Brirish dan James Scott Mason - penasihat British Julai 1909
- Penentangan Inggeris dipimpin oleh Haji Mat Hassan bin Munas (Tok Janggut)
- Punca penentangan:
a) ketidakpuasan hati Engku Besar Jeram
b) Sistem Tanah Baru 1915
c) Pengenalan cukai hasil pertanian
d) Sikap pegawai British
- Sikap Pegawai Daerah iaitu Che Abdul Latif menimbulkan kemarahan orang ramai.Tercetus pemberotakan diketuai oleh Tok Janggut di Pasir Puteh 29 April 1915.Pemberontakan tamat pada 24 Mei 1915
CAMPUR TANGAN BRITISH DALAM POLITIK NEGERI-NEGERI SELAT

campur tangan british di negeri-negeri melayu
- mendapatkan bahan mentah akibat daripada permintan yang meningkat di Eropah. Revolusi Industri yang bermula di British memerlukan bahan mentah seperti bijih timah untuk mengeluarkan produk industri. Selain itu, kawasan jajahan (Tanah Melayu) dijadikan sebagai pusat untuk menyalurkan barang-barang siap.
- Persaingan kuasa luar juga telah menyebabkan British cuba mengambil langkah awal untuk memulakan penguasaannya di Tanah Melayu. Jerman misalnya pada tahun 1871 telah mula keluar mencari pasaran dan bahan-bahan mentah. Ini diikuti oleh kuasa-kuasa barat yang lain seperti Perancis yang memulakan penjajahan di Indo-China, Belanda di Indonesia dan Amerika di Filipina.
- Keadaan tidak aman di Tanah Melayu akibat daripada perebutan takhta dan pertikaian di antara kumpulan kongsi gelap untuk menguasai kawasan perlombongan telah mengganggu usaha British untuk memonopoli hasil ekonomi dan perdagangan di Tanah Melayu. Oleh itu, untuk menangani masalah tersebut adalah dengan campur tangan agar maslalah tersebut tidak berpanjangan.

1.2.3 Pendudukan British
Kedatangan British ke Tanah Melayu

- Bahawa kunjungan kapal-kapal British yang kerap ke Selangor atau disebut country traders ini merupakan faktor penyumbangan pertumbuhan perdagangan di Kuala Selangor.
- Pada tahun 1778, dicatatkan terdapat sebanyak 62 buah kapal British telah ke Melaka,semetara pada tahun 1780 jumlahnya meningkat kepada 65 buah.


1.2.2 Pendudukan Belanda

Kesan

Ringkasan
- Pada tahun 1619,Belanda berjaya menguasai Betawi di Pulau Jawa.
- Betawi telah dijadikan pelabuhan perdagangan sebagai alternatif kepada para pedagang dari seluruh dunia.
- Belanda telah beberapa kali melancarkan serangan ke atas melaka bagi memastikan penguasaan Portugis di Asia Tenggara lenyap sama sekali.
- Tindakan bertujuan menghancurkan pelabuhan Melaka dan menarik pedaagang-pedagang asing dan serantau ke Betawi.

Kesan
BELANDA DI PERAK
- Seawal tahun 1639, Sultan Muzaffar Syah 11 (Raja Sulong) telah membenarkan Belanda menjalankan perdagangan timah.
- Belanda kemudian meminta bantuan dari Aceh untuk mendapatkan monopoli tersebut dan Sultan Tajul Alam Safiatuddin hanya memberi kebenaran kepada Belanda untuk berniaga di Perak.
- Akibat daripada kejadian penabalan Aceh terpaksa tunduk dengan permintaan Gabenor Jeneral Belanda pada ketika itu, iaitu Cornelis van der Lijn.
- Pada tahun 1655,iaitu semasa pemerintahan Sultan Mahmud Iskandar , sekali lagi Truijman ke Perak untuk menuntut perkara -perkara berikut:
- perjanjian diperbaharui
- memonopoli bijih timah sepenuhnya
- menuntut ganti rugi sejumlah 50 ribu rial akibat kerosakan loji
- menuntut kerajaan Perak menghukum orang-orang yang terlibat dalam serangan sebelum ini.
BELANDA DI SELANGOR
- Semenjak pemerintahan Sultan Selangor yang pertama ( Raja Lumu/Sultan Salehuddin ) , Kuala Selangor telah menjadi tumpuan saudagar -saudagar , terutama bagi membeli timah .
- Pada tahun 1757 , Belanda pernah mengalahkan orang Bugis yang menguasai daerah Linggi . Linggi sememangnya penting dari segi pengeluaran timah . Malahan , Linggi juga merupakan pengawalan yang strategik ke atas Sungai Linggi yang merupakan laluan ke Sungai Ujong dan Rembau yang juga merupakan kawasan pengeluaran timah .
- Pada tahun 1770-an , Sultan Ibrahim (1778-1826) dikatakan memainkan dua peranan penting dalam ekonomi Selangor , iaitu :
- Sebagai pembekal semua hasil timah dari Selangor kepada British dengan menawarkan harga yang lebih baik dan tinggi daripada Belanda .
- Mengadakan hubungan yang baik dengan British bagi mengelakkan ancaman-ancaman ketenteraan Belanda dari Melaka .
- Perjanjian ini adalah untuk memastikan aktiviti perdagangan di Selangor dapat terus dijalankan , Sultan Ibrahim terpaksa memberikan monopoli dagangan timah di Selangor kepada Belanda . Perjanjian ini sempat diperbaharui pada tahun 1790 , sehinggalah kemudian Belanda keluar dari Kepualauan Melayu
- Pada tahun 1795 , melalui Surat-surat Kew , Belanda telah menyerahkan Melaka dan semua tanah jajahannya di Timur buat sementara kepada British bagi mengelakkan tanah-tanah ini jatuh ke tangan Perancis akibat meletusnya Peperangan Napoleon di Eropah . Apabila peperangan berakhir , British terpaksa menyerahkan semula Melaka kepada Belanda .
1.2 Pendudukan Kuasa Asing
1.2.1 Pendudukan Portugis

Ringkasan penjajahan
- Portugis mengamalkan sistem pentadbiran berbentuk militer atau ketenteraan.Ketuanya digelar Kapten Kota Melaka (dikanali sebagai Gabenor Selatan) yang dilantik oleh Raja Portugal untuk bertugas selama tiga hingga empat tahun..
- Seorang Kapten Angkatan Laut juga dilantik sebagai timbalan kepada Kapten Kota. Golongan tentera pula diketuai oleh Kapten Jeneral yang berkhidmat setiap tiga tahun.
Thursday, 7 December 2017
Terengganu
- Sejak abad ke -13,peranan Terengganu sebagai pelabuhan perdagangan telah terbukti melalui catatan pengembara-pengembara asing.
- Terdapat catatan sejarawan mengatakan pengembara dari negara China pada tahun 1525M menamakan pelabuhan di pantai timur Semenanjung Tanah Melayu sebagai 'Tong-Ya-Nong' .
- Dalam peta lakaran Ptolemy pada abad ke-12,menamakan pelabuhan di Kuala Terengganu sebagai 'Perimoula' dan 'Kole' di Kamaman.

Bendera Terengganu
- Terdapat bukti artifak 'Batu Brsurat Terengganu' di Kuala Berang yang bertarikh 702H( 1303M).
Tuesday, 5 December 2017
Selangor
- Penemuan arkeologi membuktikan wilayah di Selangor didiami manusia sekurang-kurangnya dua ribu tahun dahulu.
- Antara peralatan yang dijumpai ialah gendang dan loceng gangsa di Klang dan Sungai Lang,Kuala Langat.Selain itu, tulang mawas dijumpai di Klang.
Antara tapak-tapak prasejarah :
- Jenderam Hilir
- Gombak
- Batu Caves
- Ampang
- Bukit Kuda
- Bukit Jati
- Bukit Badak
- Pada Mei 1745,Daeng Chelak ialah seorang daripada Opu Bugis Lima Bersaudara yang bertapak dan berpengaruh dalam pentadbiran Johor pada abad ke-18 telah mangkat.
- Beliau meninggalkan dua orang putera yang kemudiannya menjadi tokoh termasyhur dalam poloitik negeri-negeri Melayu iaitu Raja Haji dan Raja Lumu.
- Adalah Yang Dipertuan Muda Riau II yang memegang jawatan itu dari 1728 - 1745 menggantikan saudaranya Daeng Marewah, Yang Dipertuan Muda Riau I (Marhum Sungai Baru).
- Beliau berkahwin dengan Tengku Mandak, saudara Sultan Sulaiman
- adalah Yang Dipertuan Muda I dari Kesultanan Johor (kemudian menjadi Kesultanan Lingga).
- Setelah memenangkan perang melawan Raja Kecik, Sultan Sulaiman Badrul'alam Syah Sultan Johor pada saat itu, maka ia mengangkat Daeng Merewah sebagai Yang Dipertuan Muda Riau I (1721-1729), bergelar Kelana Jaya Putera
- Beliau mangkat pada 7 Ogos 1728 dan telah dimakamkan di Sungai Baru, Riau dan digelar Marhum Sungai Baru
- Pengasas kesultanan Selangor.
- Gelaran Sultan Salehuddin Syah pada tahun 1766.
- Raja Lumu hanya mempunyai tiga orang adik beradik iaitu seorang adik lelaki dan adik perempuan
- Adik lelakinya bernama Raja Ali yang merupakan seorang tokoh dan pahlawan Bugis yang terkenal.
- Manakala adik perempuannya bernama Raja (Daeng) Hafsah yang telah berkahwin dengan Daeng Lakani.
- Raja Haji ditempatkan di Riau manakala Raja Lumu dihantar ke Selangor.
- nama sebenarnya Raja Kassim ialah Sultan Melaka ke-4
- Baginda memerintah dari 1445 hingga 1459.
- Raja Kassim, anakanda Kepada Sultan Muhammad Syah bersama Tun Wati, telah ditabalkan sebagai pemerintah kelima Melaka setelah kemangkatan Sultan Abu Syahid.
- Sultan Muzaffar Syah mengahwini anak Seri Amar Diraja, iaitu Perdana Menteri ketika itu dan dikurniakan seorang putera bernama Raja Abdullah. Sultan Muzaffar membebaskan kekuasaannya daripada Empayar Ayuthia
Subscribe to:
Posts (Atom)

-
1.2.3 Pendudukan British Kedatangan British ke Tanah Melayu Bahawa kunjungan kapal-kapal British yang kerap ke Selangor ...
-
CAMPUR TANGAN BRITISH DALAM POLITIK NEGERI-NEGERI SELAT campur tangan british di negeri-negeri melayu mendapatk...