Sunday, 14 January 2018


5.4  PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL




  • Selepas kemerdekaan,negara menghadapi pelbagai masalah dalaman terutama masalah perpaduan dan integrasi antara kaum.
  • Masalah perpaduan wujud implikasi pemisahan tempat tinggal,perbezaan pekerjaan,sistem pendidikan,kepercayaan atau agama,fahaman politik,masalah ekonomi dan sitem pemerintahan yang diperkenalkan oleh pihak penjajah.

5.4.1 Asas Integrasi dan Perpaduan Nasional

PENGENALAN PERPADUAN NASIONAL Proses penyatuan dari semua aspek  fizikal, sosial, ekonomi dan politik        tetapi bukan ...
Perpaduan juga bermaksud satu   proses bagi mewujudkan satu    identiti nasional dikalangan kumpulan yang terpisah dari se...


  • Malaysia sebagai sebuah negara yang didiami oleh masyarakat berbilang kaum dengan pelbagai kebudayaan,agama dan ideologi yang berlainan harus mementingkan kedua-dua konsep itu.
INTEGRASI pula melibatkan semua penyatuan di atas termasuk aspek biologikal

 Integrasi ialah proses penyatuan yang merangkumi semua aspek termasuk aspek biologikal seperti kahwin campur. Proses ini melibatkan dua atau lebih kumpulan masyarakat dan budaya. Proses ini juga akan melahirkan satu identiti dan budaya yang baharu. Dalam budaya baharu yang dilahirkan, perbezaan kebudayaan dan identiti masyarakat akan turut hilang.




Image result for kelompok etnik terbesar mengikut wilayah di malaysia
Proses  integrasiImage result for kelompok etnik terbesar mengikut wilayah di malaysia






  • Setiap kelompok etnik di Malaysia mempunyai budaya bahasa dan kepercayaan masing-masing
  • Selain aspek agama dan kebudayaan, penonjolan kelompok etnik juga boleh dikenal pasti di     wilayah-wilayah tertentu


- Isu perpaduan dan integrasi bukanlah isu baharu lantaran ciri penduduk di negara Malaysia yang berbilang kaum 

- Sebuah kementerian iaitu kementerian perpaduan negara dan pembangunan masyarakat amat  penting bagi merealisasikan pencapaian konsep perpaduan dan integrasi
- Ditubuhkan pada 27 Oktober 1990

⟹ objektif kementerian :

  1.  menggalakkan perpaduan masyarakat pelbagai kaum dan integrasi nasional
  2. memberikan bantuan khidmat kebajikan masyarakat 
  3. membangun dan mengintegrasikan masyarakat orang Asli
  4. memajukan kepentingan dan penglibatan wanita dalam pembangunan negara
  5. menyelaras program kependudukan dan pembangunan keluarga


- Perpaduan negara berperanan memperkukuh semangat patriotisme, perpaduan dan cinta akan negara dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Peranan tersebut sejajar dengan   matlamat wawasan 2020 untuk mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu padu 


  • Beberapa buah jabatan dibawahnya ditubuhkan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKM),Jabatan Perpaduan Negara,Jabtan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA),Jabatan Hal Ehwal Wanita dan Yayasan Kebajikan Negara (YKN)
Jabatan yg penting ; Jabatan Perpaduan Negara.

  • ditubuhkan  pada tahun 1969.
  • merupakan sebuah agensi pelaksana yang bertanggungjawab membantu kerajaan memelihara,meningkat danmengukuhkan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini.
  • piagam : komited untuk mendukung hasrat negara untuk melahirkan satu bangsa Malaysia yang bersatu padu,hidup harmoni,bantu membantu,penuh dengan semangat muhibah dan penyayang.



PIAGAM :





5.4.2 Cabaran Pembinaan Negara Bangsa

  • Pertelingkahan antara kaum akan sering berlaku.Fenomena ini boleh menimbulkan ketidakamanan dan banyak kemusnahan.
  • Pihak  British telah membentuk  dasar imaginasi liberal yang mana dasar ini menggalakkan kemasukan buruh-buruh Cina,India,Punjabi dan Indonesia untuk bekerja di sektor-sektor ekonomi tertentu. 
  • British juga turut mengaplikasikan situasi pecah dan perintah di mana di bawah sistem ini,kumpulan etnik besar iaitu melayu, cina.dan india dipisahkan mengikut tempat tinggaldan pekerjaan masing-masing.
  • Bagi kaum Cina pula,kebanyakan mereka tinggal  di kawasan bandar menjadi peniaga ataupun tinggal di kawasan perlombongan mengerjakan lombong-lombong.
  • Kaum India telah ditempatkan di estet-estet untuk mengerjakan ladang-ladang getah dan kelapa sawit.






No comments:

Post a Comment