Sunday, 31 December 2017

BAB 3 SISTEM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN NEGARA

3.2.1 Maksud Demokrasi Berparlimen

  • Demokrasi Berparlimen bermaksud pemerintahan yang dijalankan secara perwakilan.Hal ini bermaksud,rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintaha negara,manakala raja-raja menjadi lambang taat setia rakyat.
  • Demokrasi Berparlimen dibentuk hasil daripada proses pilihan raya.
  • Dalam proses tersebut,rakyat diberi mandat untuk memilih pemimpin yang akan mewakili mereka dan pemimpin inilah akan mewakili yang akan menjadi wakil rakyat di Parlimen.
  • Malaysia telah mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen sejak Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.
  • Rakyat di negara ini telah diberi pengalaman terlibat dalam pilihan raya sejak tahun 1952 lagi.
  • Sistem tersebut dipupuk dan dipelihara sehingga mewudjudkan kestabilan negara.
  • Kestabilan ini telah membolehkan rakyat menikmati keamanan dan kemajuan dalam bidang ekonomi,politik,sosial dan sebagainya.
  • kebebasan yang kita nikmati tidaklah bersifat mutlak, tetapi tertakluk kepada sektan-sektan tertentu yang perlu kita adakan,terutama dalam masyarakat berbilang kaum.
  • Sekatan-sekatan itu pula tidaklah dikenakan dengan sewenang-wenangnya,tetapi dibuat berdasarkan kehendak rakyat sendiri melalui Parlimen.

Latar belakang sistem Demokrasi Berparlimen

 Selepas pembentukan Malaysia pada tahun 1963, jentera pentadbiran kerajaan telah diperkemaskan. Sistem pemerintahan  dan pentadbiran selepas merdeka adalah berlandaskan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen. Negara demokrasi lahir daripada perjuangan berasaskan kedaulatan rakyat.

           Terdapat dua corak pemerintahan demokrasi  iaitu sistem Raja Berperlembagaan yang mengekalkan raja sebagai pemerintah tertinggi negara dan negeri. Pemerintahan dibantu oleh Perdana Menteri.Manakala,Sistem Republik pula menolak institusi raja. Kerajaan ini diketuai oleh presiden. Presiden dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya.

               Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Demokrasi Berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara. Raja-raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat.

            Rakyat berpeluang membentuk kerajaan. Rakyat bebas memilih perwakilan melalui pilihan raya. Rakyat berhak menyokong dan mengekalkan atau menukar kerajaan yang sedia ada melalui pilihan raya.

            Perlembagaan  Malaysia menjadi garis panduan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia. Pindaan perlembagaan dibuat untuk menyesuaikan sistem pentadbiran dengan perkembangan politik semasa.Sistem demokrasi berjaya mengekalkan kerajaan yang adil,sejahtera dan stabil.  


PROSES MEMBUAT UNDANG-UNDANG DI PARLIMEN

Image result for proses penggubalan undang-undang di malaysia pdf
Rajah 3.7  Penggubalan Undang-Undang di Parlimen Malaysia



No comments:

Post a Comment