Sunday, 10 December 2017

1.2.2 Pendudukan Belanda


Related image
Ringkasan


  • Pada tahun 1619,Belanda berjaya menguasai Betawi di Pulau Jawa.
  • Betawi telah dijadikan pelabuhan perdagangan sebagai alternatif kepada para pedagang dari seluruh dunia.
  • Belanda telah beberapa kali melancarkan serangan ke atas melaka  bagi memastikan penguasaan Portugis di Asia Tenggara lenyap sama sekali.
  • Tindakan bertujuan menghancurkan pelabuhan Melaka dan menarik pedaagang-pedagang asing dan serantau ke Betawi.

Image result for pendudukan portugis
Kesan



BELANDA DI PERAK

  1. Seawal tahun 1639, Sultan Muzaffar Syah 11 (Raja Sulong)  telah membenarkan Belanda menjalankan perdagangan  timah.
  2. Belanda kemudian meminta bantuan dari Aceh untuk mendapatkan monopoli tersebut dan Sultan Tajul Alam Safiatuddin hanya memberi kebenaran kepada Belanda untuk berniaga di Perak.
  3.    Akibat daripada kejadian penabalan  Aceh terpaksa tunduk dengan permintaan Gabenor Jeneral Belanda pada ketika itu, iaitu Cornelis van der Lijn.
  4.   Pada tahun 1655,iaitu  semasa pemerintahan Sultan Mahmud Iskandar , sekali lagi Truijman ke Perak untuk menuntut perkara -perkara berikut:
  •  perjanjian diperbaharui
  • memonopoli bijih timah sepenuhnya
  • menuntut ganti rugi sejumlah 50 ribu rial akibat kerosakan loji
  • menuntut kerajaan Perak menghukum orang-orang yang  terlibat dalam serangan sebelum ini.

BELANDA DI SELANGOR
  •  Semenjak pemerintahan Sultan Selangor yang  pertama ( Raja Lumu/Sultan Salehuddin ) , Kuala Selangor telah menjadi tumpuan saudagar -saudagar , terutama bagi membeli timah .
  • Pada tahun 1757 , Belanda pernah mengalahkan orang Bugis yang menguasai daerah Linggi . Linggi sememangnya penting dari segi pengeluaran timah . Malahan , Linggi juga merupakan pengawalan yang strategik ke atas Sungai Linggi yang merupakan laluan ke Sungai Ujong dan Rembau yang juga merupakan kawasan pengeluaran timah . 
  • Pada tahun 1770-an , Sultan Ibrahim (1778-1826) dikatakan memainkan dua peranan penting dalam ekonomi Selangor , iaitu :
  1. Sebagai pembekal semua hasil timah dari Selangor kepada British dengan menawarkan harga yang lebih baik dan tinggi daripada Belanda .
  2. Mengadakan hubungan yang baik dengan British bagi mengelakkan ancaman-ancaman ketenteraan Belanda dari Melaka


  •  Perjanjian ini adalah untuk memastikan aktiviti perdagangan di Selangor dapat terus dijalankan , Sultan Ibrahim terpaksa memberikan monopoli dagangan timah di Selangor kepada Belanda . Perjanjian ini sempat diperbaharui pada tahun 1790 , sehinggalah kemudian Belanda keluar dari Kepualauan Melayu 

  • Pada tahun 1795 , melalui Surat-surat Kew , Belanda telah menyerahkan Melaka dan semua tanah jajahannya di Timur buat sementara kepada British bagi mengelakkan tanah-tanah ini jatuh ke tangan Perancis akibat meletusnya Peperangan Napoleon di Eropah . Apabila peperangan berakhir , British terpaksa menyerahkan semula Melaka kepada Belanda . 

No comments:

Post a Comment