Sunday, 3 December 2017

1.1.3  Pengasasan Kesultanan-Kesultanan Melayu Lain

Negeri Sembilan

Image result for negeri sembilan

9 Gabungan Daerah Negeri Sembilan  :
  1. Sungai Ujong
  2. Naning
  3. Rembau
  4. Jelebu
  5. Johol
  6. Klang
  7. Jelai
  8. Ulu Pahang
  9. Segamat
Klang diserahkan kepada Selangor,
Jelai dan Ulu Pahang diberi kepada Pahang,
Segamat diberikan kepada Johor



7 Daerah Dalam Negeri Sembilan pada Masa Kini :

  1. Jelebu
  2. Jempol
  3. Kuala Pilah
  4. Seremban
  5. Port Dickson
  6. Rembau
  7. Tampin

  • Sehingga abad ke-16,N9 ialah sebuah wilayah taklukan kerajaan Johor
  • Pada hujung abad ke-17, wilayah mula melonggarkan diri mereka daripada pengaruh Johor kerana kerajaan Johor mulai lemah.
  • Pada akhir abad ke-17,pembesar-pembesar di Negeri Sembilan  mula mengundang beberapa orang raya Minangkabau untuk dirajakan di Negeri Sembilan.
  • Raja Kasah dari Minangkabau buat pertama kalinya telah dijemput menjadi pemerintah.Namun,beliau disingkirkan kerana gagal dalam pentadbiranya.
  • Seterusnya,Raja Aidil dijemput bagi menggantikan Raja Kasah,tetapi nasib beliau sama seperti Rajah Kasah.
  • Pada abad ke-18, pembesar Negeri Sembilan menjemput anak raya Minangkabau untuk menjadi raja,untuk membatasi pengaruh Bugis yang semakin kuat di Tanah Melayu kerana pada ketika itu Bugis mula melebarkan pengaruh di Linggi.
  • Raja Pagar Ruyong (Sultan Munim Syah ) telah dijemput,tetapi baginda telah menghantar puteranya Raja Melewar dilantik sebagai raja di Negeri Sembilan.




  • Beliau dilantik menerajui takhta pada tahun 1773 dan menyandang gelaran Yamtuan Negeri  bersemayam di Seri Menanti.
  • Mangkat pada tahun 1795,,tetapi putera Tengku Totok tidak terpilih kerana beliau tidak memiliki cicri-ciri seorang pembesar.
  • Seterusnya,Raja Hitam pula ditabalkan menjadi raja pada tahun 1795-1808.Oleh sebab beliau tidak mempunyai anak,Raja Lenggang dijemput menjadi raja pada tahun 1808-1824.
  • Apabila  Raja Lenggang mangkat pada tahun 1824,puteranya Raja Radin ditabalkan sebagai Raja Negeri Sembilan.

  • Bermula dari Raja Lenggang ini, barulah sebuah keluarga berjaya menguasai dan mewarisi kesultanan di Negeri Sembilan.
  • Raja Lenggang dilihat sebagai pemerintah yang berjaya kerana daripada baginda menandakan permulaan kemunculan keluarga kesultanan baharu di Negeri Sembilan.




Image result for susur galur raja lenggang


























No comments:

Post a Comment